Friday, March 13, 2009

Gates terkaya di dunia - 6 rakyat Malaysia bilionair dunia


Dunia kini hanya mempunyai 793 bilionair berbanding 1,125 orang pada tahun lalu berikutan krisis kewangan, lapor Forbes kelmarin.

Enam daripada 793 bilionair itu adalah dari Malaysia yang diketuai oleh taikun Ananda Krishnan dan Robert Kuok masing-masing menduduki tempat ke-62.

Kedua-dua bilionair itu berkongsi nilai kekayaan yang dianggarkan berjumlah AS$7 bilion (RM25.85 bilion).

Tempat pertama masih dipegang oleh pengasas syarikat perisian komputer Microsoft iaitu, Bill Gates dengan kekayaannya AS$40 bilion (RM147.71 bilion).

Pelabur legenda dari Amerika Syarikat (AS), Warren Buffett menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah AS$37 bilion (RM136.63 bilion).

Hartawan dari Mexico, Carlos Slim berada di tempat ketiga dengan kekayaan AS$35 bilion (RM129.24 bilion).

Dua taikun kelahiran India, Mukesh Ambai berada di tangga ketujuh dengan kekayaan AS$19.5 bilion (RM72 bilion).

Seorang lagi taikun India, Lakshmi Mittal menduduki tempat kelapan dengan kekayaan AS$19.3 bilion (RM71.26 bilion).

Hartawan George Soros berada di tangga ke-29 dengan kekayaan AS$11 bilion (RM40.61 bilion). Empat lagi rakyat Malaysia yang menduduki senarai Forbes itu adalah Lee Shin Cheng yang berada di tangga ke-234 dengan kekayaan AS$2.7 bilion (RM9.96 bilion).

Rakyat Malaysia yang turut disenaraikan adalah Teh Hong Piow yang menduduki tempat ke-261 dengan kekayaan berjumlah AS$2.5 bilion (RM9.2 bilion).

Usahawan Malaysia, Quek Leng Chan menduduki tangga ke-376 dengan kekayaan AS$1.9 bilion (RM7.01 bilion).

Seorang lagi rakyat Malaysia, Yeoh Tiong Lay dan keluarga yang menduduki tempat ke-397 dengan kekayaan AS$1.8 bilion (RM6.64 bilion).

Pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich menduduki tempat ke-51 dengan kekayaan adalah AS$8.5 bilion (RM31.39 bilion) ketika berumur 42 tahun.

Anggota kerabat diraja Arab Saudi, Putera Alwaleed Bin Talal Al-Saud berada di tempat ke-22 dengan kekayaan berjumlah AS$13.3 bilion (RM49.11 bilion).

Pemilik kelab Manchester City, Sheik Mansour bin Zayed Al Nahyan dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menduduki tangga ke-104 dengan kekayaan AS$4.9 bilion (RM18 bilion).


Krishnan atasi beberapa selebriti

Kekayaan dua taikun dari Malaysia, Ananda Krishnan dan Robert Kuok mengatasi kekayaan beberapa selebriti dan tokoh komputer terkenal dunia.

Berdasarkan senarai 793 bilionair yang kaya di dunia oleh majalah Forbes kelmarin, kekayaan Krishnan dan Kuok sebanyak AS$7 bilion (RM25.85 bilion) mengatasi kekayaan pengendali perlumbaan kereta Formula Satu (F1), Bernie Ecclestone.

Kekayaan Ecclestone dan keluarganya hanya sebanyak AS$3.7 bilion (RM13.66 bilion) dan berada di tangga 151 berbanding Krishnan dan Kuok di tangga 62.

Kedua-dua taikun Malaysia itu juga berjaya mengatasi pengasas syarikat Apple Computer, Steve Jobs yang memperoleh kekayaan AS$3.4 bilion (RM12.55 bilion).

Steve Jobs terkenal dengan pengeluaran gajet iPhones dan iPod dan hanya berada di tangga ke-178.

Kekayaan kedua-dua taikun itu juga mengatasi kekayaan pembikin filem terkenal dunia, George Lucas yang berada di tempat ke-205 dengan kekayaan AS$3 bilion (RM11.07 bilion).

Kedua-dua rakyat Malaysia itu mengatasi ikon fesyen terkenal dunia, Giogio Armani dari Itali yang menduduki tangga ke-224 dengan kekayaan AS$2.8 bilion (RM10.34 bilion).

Pengarah filem terkenal, Steven Spielberg menduduki tempat ke-205 dengan kekayaan sebanyak AS$3 bilion (RM11.07 bilion).

Kekayaan seorang lagi taikun dari Malaysia, Yeoh Tiong Lay dan keluarganya sebanyak AS$1.8 bilion (RM6.64 bilion) turut mengatasi beberapa selebriti terkenal dunia.

Ketiga-tiga warga Malaysia itu berjaya mengatasi kekayaan selebriti Donald Trump yang terkenal di dunia menerusi siri The Apprentice.

Trump yang mengaut kekayaan menerusi pelbagai bidang antaranya kasino mempunyai kekayaan sebanyak AS$1.6 bilion (RM5.90 bilion) dan berada di tangga ke-450.

Selebriti Oprah Winfrey hanya berada di tangga 234 dengan kekayaan AS$2.7 bilion (RM9.96 bilion).

Pengasas Google, Jerry Yang menduduki tempat ke-647 dengan kekayaan AS$1.1 bilion (RM4.06 bilion).

Bagaimanapun, pengasas Google, Sergey Brin berumur 35 tahun berada di tangga ke-26 bersama rakan baiknya juga pengasas enjin carian itu, Larry Page berusia 36 tahun dengan kekayaan AS$12 bilion (RM44.30 bilion).

Penulis buku siri Haary Potter, J.K Rowling berada di tangga 701 dengan kekayaan sebanyak AS$1 bilion (RM3.69 bilion).

Lelaki paling dikehendaki di Mexico, Joaquin Guzman yang dipersalahkan kerana menyebabkan ribuan orang terbunuh dalam perang adalah menduduki tempat ke-701 dengan kekayaan AS$1 bilion (RM3.69 bilion).

Dia melarikan diri dari penjara pada 2001 di Mexico

0 comments: