Thursday, March 12, 2009

Ribut pasir landa Riyadh




Para penduduk di ibu negara Arab Saudi semalam mula membersihkan kediaman masing-masing semalam selepas satu ribut pasir besar melanda kelmarin.

Banyak kereta dan rumah masih dilitupi debu pasir sehari selepas kejadian yang turut memaksa pihak berkuasa menutup operasi lapangan terbang antarabangsa serta sesi persekolahan.

Agensi Berita Saudi melaporkan semua penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Khaled dilencongkan ke Jeddah dan Dammam.

Pihak hospital turut menghantar pasukan bantuan kecemasan bagi membantu penduduk yang mengalami masalah pernafasan.

Ribut pasir menyelubungi bandar raya tersebut dan kawasan sekitarnya sehingga memaksa pemandu-pemandu memperlahankan kenderaan masing-masing.

Sebahagian besar penduduk lain terpaksa berkurung di dalam rumah.

Kejadian ribut pasir itu merupakan fenomena biasa di Arab Saudi ketika musim bun

0 comments: