Tuesday, July 21, 2009

salam,..

salam

Tuesday, May 26, 2009

Perjuangan: Beza Kita dan Mereka..

Salam..
bismillah..
sedikit peringatan tuk kita yang mengaku "Pejuang Islam"
sembah

baca seterusnya..klik sini je
babai

jom pindah..


salam..

bismillah..

sekadar makluman..aku akn berpindah "rumah"..

http://alaa-deen.blogspot.com
"rumah baru aku.."

syukran
babai

Sunday, May 24, 2009

Pengajaran Dari Perangkap Tikus

Saalam

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam, "hmmm... makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar agaknya?". Ternyata, yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang Tikus naik panik bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, "Ada perangkap tikus di rumah! Di rumah sekarang ada perangkap tikus!!"




Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, "Ada perangkap tikus!" Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus, Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku." Sang Tikus lalu pergi menemui Sang Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, "aku pun turut bersimpati, tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku." Tikus lalu menemui Sang Lembu. Ia mendapat jawapan sama. "Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus?" Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ular. Sang ular berkata, "Eleh engkau ni. Perangkap tikus yang sekecil itu takkanlah nak membahayakan aku."

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Ekor ular tersebut yang terperangkap membuatkan ular itu semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke klinik berhampiran. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam. Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk mendapatkan kaki untuk dibuat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

Begitulah kisahnya. Jadi pengajarannya, jika suatu hari, anda mendengar seseorang dalam kesusahan dan anda pula mengira itu bukan urusan anda, fikirkanlah sekali lagi.
Wallahu a'lam.



Wednesday, May 20, 2009

beauty of MATHS...





Bismillah...
salaam....

Apa indahnya Matematik ini..?
tapi kalu kita kaji dengan teliti sebenarnya matematik nie mempunyai pengiraan yang dikatakan menarik dan sangat mekjubkan..
yang menariknya berkaitan Matematik nie ialah jawapan yang diberi adalah tepat dan tidak akan berubah walau bagaimana sekalipun. Tidak seperti bahasa inggeris atau bahasa melayu yang mempunyai jawapan yang subjektif.
Sains.?Sains juga boleh berubah, contohnya pluto bukan lagi sebuah planet sepertimana yang kita belajar dahulu.:)

----------------



Adakah anda perasan bahawa orang-orang genius adalah sesiapa sahaja yang terlibat dengan matematik. Samada mereka terlibat dengan pengiraan atau kebarangkalian dan sekali sekala juga melibatkan logik?
Dan anda tidak akan jumpa orang genius dari golongan sejarahwan atau sasterawan.
Sebab apa.?
Kerana matematik adalah tepat dan tidak akan berubah.
1 + 1 = 2 jawapan ini adalah kekal sampai bila²..:)


1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 987
65
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321


1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111


9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

brilian tak?

And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Now, take a look at this…

101%

From a strictly mathematical viewpoint:

What Equals 100%?

What does it mean to give MORE than 100%?

Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?

We have all been in situations where someone wants you to

GIVE OVER 100%.

How about ACHIEVING 101%?

What equals 100% in life?

Here’s a little mathematical formula that might help

Answer these questions:

If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

If:

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

And:

K-N-O-W-L-E-D-G-E

11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%

But:

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

THEN, look how far the love of God will take you:

L-O-V-E-O-F-G-O-D

12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%

------------------

dan untuk yang lain², apa kata kalau kita tengok beberapa pengiraan matematik yang sungguh menarik.
adakah satu kebetulan.?

Tuesday, May 19, 2009

DAIE:usah merajuk..


bismillah...

Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa...

Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah...

Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan...

Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina
Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diri
Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam ditengah lautan
Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira
Sedarlah baginda akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun dari Tuhannya

Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali…

Wahai Dai'e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da'wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan.

Menyoroti kehidupan Dai'e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:
"Dan tidaklah Kami mengutus kamu (Muhammad) melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah: 'Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya'."
(al-Furqan, 25:56-57)

Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:
"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim."
(al-Anbiyaa', 21:87)

Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai'e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan...

Inilah Dai'e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan...

----------------
SECEBIS PERINGATAN UNTUK KITA SEMUA..
: BAHANTARBIYAH.INFO:

Hot Water Prank

Orang jepun ni selain terkenal dengan kecerdikan dan kemajuan teknologinya, mereka terkenal juga dengan prank² yang mereka lakukan samada terhadap orang awam atau kenalan rapat.
Pelbagai idea yang kretif(boleh anggap kretifkan.)yang mereka rancang untuk kenakan orang.
Salah satu darinya membuat perangkap atas lantai dimana dibawahnya ada air panas.
Mungkin tidaklah panas mana kot. kalau memdidih, tak ke melecur nanti.:)

Apa kata kalau kita tengok dulu.
Aku rasa paling kasihan masa kat bahagian akhir video ni.

Sunday, May 17, 2009

"sekadar kebetulan"

bismillah...

Penahanan ala "ISA" 12 pelajar malaysia shoubra semalam amat mengejutkan aku dan warga shoubra lain.mereka ditahan lebih kurang 22 jam.antara yang ditahan pula ialah rakan-rakan ku..

Pihak POLIS Mesir mensyaki mereka terlibat dengan kegiatan bawah tanah..IM..betul ka??aku tak rasa macam tuh..
kesian dekat depa..

Moga tabah menghadapi dugaan di bumi MESIR ini..

Bila terjadi kes pelajar Malaysia ditahan,aku teringat kisah Ust Hasan
Bagaimana konspirasi beliau dibunuh..??
kalau kita tengok dari sejarah bagaimana albanna mula terlibat dengan dakwah hingga membawa kepada beliau menubuhkan IM.banyak halangan dan rintangan yang beliau hadapi..akhir sekali musuh-musuh ISLAM terpaksa membunuh beliau kerana risau akan dakwah IM meluas ke pelusuk dunia..
Inilah kehebatan albanna..seorang MUJAHID yang sangat banyak melahirkan pejuang-pejuang ISLAM higga ke hari ini.

--------------------

WHO KILLED ALBANNA??
siapakah dalang disebalik kes pembunuhan Assyahid nie?
mari kita saksikan..

"perjalanan lelaki syurga"


part 1

<
part 2


part 3


part 4


part 5




part 6


---------------------
video ini tak ada kene mengena pun dengan penahanan kawan-kawan aku..
dan tak bermakna jugak aku terlibat dengan gerakan IM nie..
mungkin secara kebetulan kes penahanan mereka dengan video yang aku post ini..
moga kita semua dapat manfaat dari peribadi Albanna..
sentiasa berjuang sehingga ke titisan darah terakhir


Monday, May 11, 2009

SubhanaALLAH..AllahuAkbar..


iguana Kecil

bismillah..

Kehidupan seperti biasa walaupun imtihan dah berakhir..

hari ini aku dapat email dari mama..sebuah email yang mengandungi video tentang kebesaran Allah..

kelu lidah untuk berkata selepas aku tengok video ini..

hanya yang mampu keluar..

SUBHANALLAH...ALLAHUKABAR..!!

tidak ada batasan bagi ENGKAU untuk menciptakan sesuatu..

Maha Suci Mu YA ALLAH...

Saturday, May 9, 2009

Usah risau jika belum Berpunya..




Bismillah..

sedikit sumbangan dari ISMAKEDAH:


Akhawatku,
Dewasa ini ramai muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri,stres dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dalam memiliki seseorang tanpa mengenal halal dan haram. Yang penting dapat. Apa yang dapat? KAHWIN? atau mengikut nafsu semata. Akhawat, maruah ialah kesanggupan untuk menjauhi yang haram dan dosa.

Akhawatku,
Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu walaupun mereka yang merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lagi diri diperhambakan untuk menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan PENCIPTA CINTA. Semua batas-Nya diredah segala, tak kenal dosa dan pahala.

Akhawatku,
‘’Benar bahawa lelakilah yang memulakan langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani. Dan andai bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah.’’

Cinta sebelum berkahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan kejinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi?? Anak-anaklah yang akan menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namum, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.


3803614457830l

Akhawatku,
Kuhembus nasihat ini kepadamu tanda kasih dan sayangku kerana Allah. Bagi yang belum berpunya, andalah pilihan Allah untuk mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan. Yakinlah! Jangan risau jika masih belum berpunya kerena mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda, untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, “first thing first” Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulia dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah di tolak, usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan usaha. Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana dengan sms siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?…

Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu. Itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.
Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar dirempuh. Namun apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan sunnah. Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Waallahu’alam…
“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana kecantikannya, kekayaannya, keturunannya dan agamanya, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan bahagia’’


---------------------


Friday, May 8, 2009

Mp3- Untukmu Ibu


gambar hiasan

bismillah...

aku nak berkongsi beberapa lagu mp3 sempena Hari Ibu..

12 lagu...cukup satu album

-------------------

Wow-Kau Yang Satu

Spice girl-Mama

M Nasir-Bonda

Dato' Sheila Majid-Lagenda

You Raise Me up


Belaian Ibu-Hijjaz

Lagu Utk Ibu- Brotherz

Kasih Ibu

Mutiara Hati

Ummi-Akhbar ft Mirwana


Derita hati Seorang Bonda- Algebra ft Aisyah

Harapan pada Ayah Ibu-NadaMurni


***(kilk pada lagu untuk download)



Gambar hiasan


--------------------

Ingatan kita pada IBU bukan pada lagu..
post nie hanya daripada secebis sumbangan aku untuk kita mengingati IBU ..
lagi-lagi aku yang JAUH di perantauan..
dan utk semua..
"Wa Bil Waalidaini Ihsaana.."

Wednesday, May 6, 2009

YOU RAISE ME UP....!!!


When I am down, and oh my soul so weary

When troubles come, and my heart burdened be

Then I am still and wait here in the silence

Until you come and sit awhile with me.

You raise me up so I can stand on mountains.

You raise me up to walk on stormy seas.

I am strong when I am on your shoulders.

You raise me up to more than I can be.


You raise me up so I can stand on mountains.

You raise me up to walk on stormy seas.

I am strong when I am on your shoulders.

You raise me up to more than I can be.

You raise me up so I can stand on mountains.

You raise me up to walk on stormy seas.

I am strong when I am on your shoulders.

You raise me up to more than I can be.


You raise me up so I can stand on mountains!

You raise me up to walk on stormy seas!

I am strong when I am on your shoulders.

You raise me up to more than I can be.


You raise me up to more than I can be.


-------------------

Selamat Hari Ibu

utk Mama tersayang,,,

angah rindu sgt kt mama!

banyak sangat dosa dkt mama..

ampunkan angah..

doakan angah dekat sini..


Monday, May 4, 2009

tips yg menarek...

bismillah...
musim-musim imtihan nie..
aku nak berkongsi beberapa tips untuk sesiapa yang mengahadapi kebuntuan ketika menjawab kertas peperiksaan..

(1)
Buka soalan periksa dan terus buat-buat pengsan.

(2)
Jawab selama 5 minit,berdiri dan terus hantar kertas jawapan kepada pemeriksa.

(3)
Sekiranya mengantuk,goncangkan meja periksa kuat-kuat sampai hilang rasa mengantuk.

(4)
Ketika dewan peperiksaan sedang sunyi,jerit kuat-kuat "Aku dah dapat jawapan bagi soalan no.1!!"

(5)
Sebaik peperiksaan bermula,tidur sehingga masa tinggal lagi 10 minit.Mulakan menjawab soalan selepas itu.

(6)
Sergah rakan anda yang sedang mengantuk ataupun yang sedang tidur.

(7)
Buat-buat tidur dengan meletakkan kepala di atas meja periksa.Jika pengawas peperiksaan datang untuk mengejutkan anda,angkat kepala anda dan kata "Aduh,susah betul soalan periksa ni.."

(8)
Bila anda sudah jawab dalam 5 minit, kuatkan suara anda dan berkata' pergh, senang giler soalan ni.' bagi psiko sedikit orang lain.:)

(9)
Panggil pengawas peperiksaaan dan beritahunya bahawa rakan sebelah anda sedang meniru.

10)
Panggil pengawas peperiksaan, kemudian tanya dia pukul berapa sekarang ataupun tanya dia berapa minit lagi tinggal untukmenjawab.

11)
Jatuhkan semua barang yang ada atas meja biar bertaburan atas lantai, kecuali kalkulator(takut rosak.:) kemudian panggil pengawas peperiksaan suruh ambikan barang yang jatuh..:)

12)
Anda jerit nama seorang kawan anda (contoh Abu)yang ambil paper yang sama dengan anda kemudian jerit kuat², 'wei Abu, mana pen aku yang ko pinjam semalam, aku nak guna ni..:)

--------------------

korg test la buat dlu..
tgk cmne result dia pastuh.. :)

Wednesday, April 29, 2009

Berita Dunia

bismillah...
Hari ini aku nak post tentang berita yang aku dengar dekat radio pagi tadi.
Pasal wanita yang suka bercakap meluangkan masa lebih 4 tahun sepanjang hidup mereka dengan berbual di telefon..
Satu kajian yang dibuat oleh satu Syarikat di England..
apa-apa hal pun , korang dengar la dulu..
(tekan play)


MusicPlaylist
MySpace Music Playlist at MixPod.com



--------------------

Dan sempat juga aku record satu Motivasi dari radio tersebut tentang hutang dan cara-cara nak bayar hutang..
Motivasi tersebut disampaikan oleh Sdr Fadzlin Kamsin.
Cubalah korang dengar dulu..menarik..
(tekan play)


MusicPlaylist
MySpace Playlist at MixPod.com



--------------------
saja suka-suka..
malam tadi tak boleh tido..
TQ

Sunday, April 26, 2009

ada apa dgn SHOUBRA...?

bismillah...
Dah tahun kedua aku belajar dkt Shoubra..(Maahad Qiraat Al-Azhar,Shoubra)
ramai jgk kenalan2 yg tak tau apa yg aku belajar dkt shoubra,bidang QIraat..
kalau ym je mst ada yg tnya..
" QIRAAT tu balajar apa? "
kat sini aku nak terang la serba sedikit tentang ilmu Qiraat..
setakat yg aku tahu..

-------------------

Qiraat nie adalah salah satu ilmu dari cabang2 ilmu yg ada hubungan dgn Al-Quran.
Hukum blaja ilmu Qiraat adalah fardu kifayah.
dekat shoubra nie aku blajar Manhaj Qiraat 10 (matan imam JAZARI)
beza dengan pengajian qiraat di malaysia manhaj qiraat 7 ( imam SYATIBI)
yang jadi perbezaan di sini ialah aku belajar 10 imam qiraat berbanding di malaysia hanya belajar 7 imam.
setiap imam2 nie mempunyai 2 org anak murid..dan setiap anak2 murid imam tersebut ada manhaj(cara bacaan) tersendiri..kalau mereka takde khilaf la dgn tok guru mereka..
secara logiknya aku kena belajar lbh kurang 20 cara bacaan drpd imam2 ini..

--------------------

mungkin ada yang tak tahu.bacaan kita di malaysia mengikut manhaj imam apa..?
haa..sebenarnya bacaan kita di Malaysia mengikut bacaan Imam HAFS (anak murid kepada imam 'Aasim)..boleh juga disebut sebagai "Hafs 'An 'Aasim"..
utk post kali ini,aku nak kenalkan korg dengan satu lg imam yg mempunyai manhaj(cara bacaan) yg berbeza dengan imam Hafs..
apa2 pun korg dgr dlu apa yg berbeza dgn cr bacaan kita..
(surah AL-MULK)...
klik play dan tgu dalam 10 saat..


MusicPlaylist
MySpace Playlist at MixPod.com



-------------------

Ini adalah bacaan dari Imam Bazzi,salah satu dari anak murid Imam Ibn Kathir..
kalau dgr betul2,msti korg dapat tangkap perbezaan bacaan dengan imam kita..
sorri tak dapat nak upload full surah almulk sbb mlm tadi ahl bet aku gune internet kuat sgt..diorg tgk tv3 online..so ini je yg termampu aku upload..
heeee...(cinta utk ain)

-------------------

Tq kepada si "dia" yg memberi aku idea utk post ttg qiraat..
kawan2 shoubra,kalau ada kslhn dlm tulisn aku diatas harap korg leh tegur..
semalam MU menang..Selangor pun menang lawan kelantan final FA cup..
mmg mantop...
TQ..

Friday, April 24, 2009

Ku Ingin bersamaMU....

bismillah....
saja nk post sebuah lagu utk korg layan..
mmg best..dari kump nasyid yg mmg top kt Mesir nie..
Daie Nada(Indon)....
kalau btul2 mghayati,mmg tangkap cintan...
apa2 hal pun cuba dgr dlu..
(klik play)


MusicPlaylist
MySpace Music Playlist at MixPod.com


klu rasa berminat utk muaturun..klik [Download]

------------------

nak request lagu pun boleh..
tengoklah klu ada dalam simpanan ke tak..
TQ daie Nada..!!

Thursday, April 23, 2009

Alhamdulillah..

alhamdulillah..
berjaya jugak aku tukar templete utk blog aku nie..
tak tido aku satu mlm nak siapkan..huuu...

utk kali nie aku da tuka tagline tuk blog aku..
"warna warni kehidupan kita"- tak seindah yang diimpikan....
kaler merah,hitam,hijau dan puteh melambangkan bendera PALESTINE , negara ISLAM yg selamanya mnjadi tanggungjawab kita!!


--------------------

semalam aku dah lepas syafawi..
alhmdulillah dapat Syeikh Toha....
dua tahun berturut2...yes!
die tanye soalan juz satu je..
aku pun apa lagi goreng la gila2 punya..
kuar sume ilmu2 tarannum aku..
lps nie tahriri plak mule 2 hb Mei..
harap2 dpt buat yg terbaik..utk diri n ISLAM...

Sunday, April 19, 2009

buruknya.....



Nak dekat2 exam nie..sempat jgk selak majalah wisel terbaru.dalam banyak2 artikel..nie yg paling seronok utk dipost di blog..
Dalam manusia meniti zaman teknologi yg serba canggih.tak sangka pulak kita sebenarnya berundur ke zaman dahulu kala..buktinya tengoklah jersi terbaru 4 pasukan terhebat di EPL..burukkan..?
maybe mereka dah ketandusan idea untuk design jersey2 agar lebih tertarik n menarik..
last2 ini sahaja yg mampu mereka design utk jersey diorg..
macam zaman P ramlee..
Inilah di antara jersey 4 pasukan ini pada musin akan datang..
betul ke tak..? tunggulah next season insyaAllah..
--------------------

Hee buruknya...
paling teruk jersi Man Utd kn..?

--------------------

post ini khas utk peminat bola..
lebih2 lagi yang yang mengikuti liga Inggeris(EPL)
aku tetap seperti dulu,walaupun kalah dengan Everton malam tadi..
MAN UTD tetap dihati..

Friday, April 17, 2009

di Sebalik....



"Maka Mariam hamillah mengandungnya, lalu dia memencilkan diri dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh. (22) (Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang! (23) Lalu dia diseru dari sebelah bawahnya: Janganlah engkau berdukacita (wahai Mariam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. (24) Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. (25) Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati "

--------------------

kalau kita tgk ayat kt atas, Allah nk ajar kita betapa pentingnya utk kita sebagai hamba berusaha.Maryam yg sedang saket yg teramat pun diperintah oleh Allah utk BERUSAHA menggoncangkan pokok tamar supaya jatuh buah tamar itu.dan selepas itu barulah buah itu boleh dimakan..(kalau tak percaya saketnya nk bersalin tu,p tanya mak hangpa semua)..

Pesanan utk kita :
Bagaimana keadaan kita(saket,nk mati,apa jua keadaan) tiada jalan pintas utk kita mencapai sesuatu yg kita impikan melainkan dengan BERUSAHA! saketnya Maryam tuh pun Allah suruh utk goncang pokok tamar,barulah boleh dimakan.Allah xsediakan bulat2 buah tu utk makan melaikan Maryam sendiri yg berusaha mendapatkannya.

BERUSAHALAH anda semua utk letakkan balik ISLAM ditempatnya..
ISLAM tidak akan jalan atau merangkak utk kembali ke tempatnya melainkan dengan usaha pendokong2 Islam itu sendiri.

BERUSAHALAH anda semua utk mencapai kejayaan yang anda semua inginkan samada di dunia atau akhirat. Kejayaan tidak akan datang bergolek kpada kita kecuali ngn usaha kita sendiri..

BERUSAHALAH anda semua utk mencari yang terbaik utk diri sendiri,keluarga dan masyarakat..
kebaikan yg kita inginkan atau impi2kan tidak akan muncul dengan sendiri,ataupun dari mimpi2 kita,tapi ianya datang dari usaha kita..

Selepas itu jangan lupa utk terus berserah hanya kpd Allah,maka Dialah yg akan menetukan segalanya utk kita slps kita berusaha.I'Allah..

--------------------

aku pun tengah BERUSAHA sedaya upaya utk Sofi tahun nie..no more dur Thani or Takhaluf utk Imtihan kali nie..
BERUSAHA juga utk mencari jodoh yang terbaik..haha! cerah masa depan..
bukan utk mengajar,just kongsi sket2 apa yg ada pada dr aku nie..xbyk pun..klu ada salah silap blh la tegor..
***** Bila baca ayat diatas,teringat zaman2 di DQ..berUSrah di rumah Ust Nazri.
(Zul,apis,Tuan Bad,Kamal,Paad,Karkun,Usamah)rindu kenangan lama .
Moga anda semua terus Thabat dlm perjuangan Murni ini.. i'Allah..aminn




Thursday, April 16, 2009

penangan setan merah!!



FC Porto 0

Man United 1
Ronaldo (5)

Gol kemenangan Man Utd di Estadio do Dragao(Stadium Porto) dijaringkan oleh pemain terbaik dunia,Cristiano Ronaldo.

Rekod yang dipegang oleh Porto telah hancur di tangan Man Utd.
menanti selepas ini di peringkat Semi Final Champion League ialah ArSENGAL.
Man Utd tengah memburu 5 cup musim ini . 2 dari Cup tu dah dapat,Carling cup ngn Club World Champion.yang tgl lagi 3(EPL Cup,Champion League ngn FA Cup)

-------------------------------------------
yg best hari jgk aku xbkk buku langsung..huhu
exam syafawi ditangguhkn,so tuh yang aku enjoy
sket.
btw,Man U dah menang,aku jer yg xmenang2 lagi
melawan nafsu.hukhuk.
Moga Nagah milik aku hendaknya.Amin............
[update sambil layan Matan Thoyyibah]
(4a.m egypt time)

Thursday, April 9, 2009

Ketika Cinta Bertasbih


KETIKA CINTA BERTASBIH

Diangkat dari novel karya Habibburahman El Shirazy. Ketika Cinta Bertasbih terdiri dari 2 seri dan populer dikalangan para pecinta buku tanah air. Hingga kini lebih dari 1 juta eksemplar novel tersebut laku terjual.

Sinemart Pictures jatuh hati untuk memfilmkannya dalam versi utuh. Yakni dengan mengambil lokasi asli seperti yang tertulis dalam setting novelnya, mencari pemain yang memiliki karakter tak jauh dari tokoh dalam novelnya melalui proses audisi, dan melamar Chaerul Umam untuk kembali menyutradarai film setelah selama 11 tahun vacuum dari kiprahnya sebagai sutradara.

Ketika Cinta Bertasbih berfokus pada perjalanan tokoh Azzam (M. Cholidi Asadil Alam), seorang mahasiswa Indonesia yang menuntut ilmu di Universitas Al Azhar Kairo-Mesir. Kuliahnya tertunda selama 9 tahun setelah ayahnya meninggal dunia, sehingga demi menghidupi dirinya dan keluarganya di Solo Azzam berdagang bakso dan tempe di Kairo-Mesir. Namun dari pekerjaannya itulah, ia menjadi terkenal di kalangan KBRI di Kairo, dan mempertemukannya dengan Eliana (Alice Norin), gadis cantik-modern, putri Dubes RI di Mesir.

Perjalanan hidup dan cinta Azzam yang berliku tidak sekedar memberikan pencerahan jiwa namun mengajak penonton untuk lebih mendalami rahasia Illahi dan memaknai cinta. Kehadiran Anna (Oki Setiana), seorang wanita Islami yang menggoda hati Azzam menjadi unsur yang mengikat keduanya dalam misteri cinta yang dikemas dalam sudut pandang yang sangat berbeda dari film-film drama romantis pada umumnya. Peran adiknya bernama Husna (Meyda Sefira), serta Furqan (Andi Arsyil)-teman kuliahnya yang juga berasal dari Indonesia dan terinfeksi AIDS merangkum perjalanan hidup Azzam menjadi sebuah cerita yang sangat bernilai.

Film ini didukung oleh belasan artis senior papan atas, seperti Deddy Mizwar, Didi Petet, Slamet Rahardjo, Ninik L Karim, Nungki Kusumastuti, bahkan sastrawan-Taufik Ismail pun muncul sebagai cameo. Ilustrasi musik dan soundtrack ditangani oleh Melly Goeslaw dan Anto Hoed. Krisdayanti pun tampil sebagai salah satu pengisi album soundtrack film Ketika Cinta Bertasbih.

Seluruh setting dalam novel dihidupkan dengan pengambilan gambar dari lokasi sebenarnya di Kairo-Mesir. Termasuk KBRI di Mesir, Sungai Nil, bahkan Universitas Al Azhar yang selama ini tidak memperbolehkan film asing melakukan syuting di lokasi tersebut. Separuh mahasiswa Indonesia asli yang menimba ilmu di Universitas Al Azhar Kairo-Mesir juga terlibat dalam proses pembuatannya.

Muat Turun MP3 Ost [klik]

Muat Turun Novel [klik]





cinta adalah kekuatan..
yang mampu mengubah duri jadi mawar..
mengubah cuka jadi anggun..
mengubah sedih jadi riang..
mengubah amrarah jadi ramah..
mengubah musibah jadi muhibah..itulah cinta

p/s: Filem yang dijangka lebih hangat dari Ayat2 Cinta..Tgu!

TQ!

Wednesday, April 8, 2009

Bicara tentang Cinta

BICARA TENTANG CINTA-UNIC
(Single Baru)

salahkan ku mendambakan seorang puteri..
dan pastiku mengharap yang setia disisi..
teman kala ku kedukaan memberikan daku cahaya..
sinari kehidupan..

walauku tahu segala suratan ihsan..
ku pohon kesetiaan pemberi inspirasi..
mengubat jiwa yang sepi..agar dapatku kecapi..
indahnya hidup ini..

usahlah ada rasa sangsi saling faham dan mengerti..
sinar bahagia menanti..
pendorong pengubat jiwa,dalam melayar bahtera..pasti terang jika kau disisi..

selagi masih aku terdaya menuturkan kata2..kanku bicarakan yang sesungguhnya
dihati ini dikau saja yang bertakhta dijiwa insan yang kukasihi...insan yang ku sayangi..


klik di bawah utk muat turun
02._Unic_-_Bicara_Tentang_Cinta.mp3 - Hosted on SaveFile.com




p/s: dipetik dari album terbaru Langkah Tercipta
(aku tak berapa minat nasyid)
tQ!


Tuesday, April 7, 2009

TUHAN kirimkanlah aku....

Musim2 nk dkt exam nie byklaah benda sbnarnya yg kita nk mntk dr Allah…kn??

Dlm satu mksd hadith Nabi Saw..

Apabila kamu berkeinginan….minta lah dari Allah..

Tp mslhnya,knp time nk exam saja kita nak mintak kt Allah…

bila bukan musim exam kita tak ingat pun yang Allah adalah segalanya bagi kita…

Inilah dikatakan “taqwa exam”

Bila sesuatu yg besar kita akan hadapi..

Masa tulah baru sejadah nk dibentangkan…

Tangan belajar tuk mengangkat meminta kpdNYA…

Semua anggota seakan berpuasa dr melakukan maksiat kpdnNYA..

Dan pelbagai lagi perkara yg baik2 utk kita lakukan kepadaNya…

Masa 24 jam yg diberikan seakan tak cukup utk kita lakukan kebaikan…

Inilah manusia…


Apa2 pun…

selagi kita diberi kesempatan utk bernafas selepas kita bangun dari tido selagi itulah pintu taubat sentiasa terbuka utk kita…

ada masa utk berubah..

renung2kan n selamat beramal...


tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku; Dialah jua memberiku makan dan memberi minum, Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku; Dan (Dialah) yang mematikan daku, kemudian Dia menghidupkan daku; Dan (Dialah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat; Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;Assyu'ara'

Kirimkanlah….aku……

Maghfirah Mu….

Kemudahan dlm segala urusan ku..

Ketenangan dan keselesaan…

Dan segala macam kebaikan…

N tak lupa juga,

Pasangan2 yang baik hati……huhu…

Last…..

Selamat ber “exam” kpd yg amek exam..

Wlupun sekadar ujian memandu…

Di serata dunia…

Moga kejayaan milik kita…

Doa sekali tuk Islam( terutama for Palestine!!)


bittaufiq wannajah,wa inshaALLAH wannikah...


haaaahhhh???!!!??




Monday, April 6, 2009

IMTIHAN 0HH IMTIHAN.....

IMTIHAN 0HH IMTIHAN.....

kenapa perlu ada IMTIHAN ek...dan kenapa aku begitu malas sekali untuk study??
waduh2...!!

nway,nie baru imtihan
dunia..
yg pasti ada lagi imtihan selepas nie yg lagi besar...
apa dia??

LUU PIKIR LAH SENDIRI BEB!!

malas nak post p
anjang2..
otak xleh nk fokus..asek duk tringat kt Mesia..
kt DATO' "altantuya" yg baru naik..??
xde maknenya..!!huh..!

Miss U all ...

abg ngn hani sekali wlupun xd dlm gambo..


p/s: Tahniah buat Ust Qamarul Naim dan Zaujahnyaa yg telah melangsungkan upacara pernikahan
pada 3 Aprl yg lepas..Alf mabruk!!! lps nie turn aku plak.................(agak2nye)

Thursday, April 2, 2009

Kesan Kegawatan Ekonomi...

Aku tahu ekonomi sekarang tidaklah memberangsangkan.
Kelembapan ekonomi berlaku hampir diseluruh dunia.
Semua yang bergelar manusia mengalami masalah.
Semakin ramai manusia yang meminta sedekah(ye ke.?).

dan kini, disebalik kelembapan ekonomi dunia..
terdapat juga spesis lain yang mengalami nasib yang sama dengan kita..
yang terpaksa bertungkus lumus untuk meneruskan hidup..
spesis itu tidak lain tidak bukan adalah...

...

Aku paling tak leh blah kucing..hahaha

Friday, March 27, 2009

10 Most Alien-like Insects on Earth

Sedarkah anda bahawa dalam dunia ini, terdapat pelbagai serangga yang sebenarnya lebih mirip kepada Alien. Walaupun tiada siapa yang kenal rupa alien sebenarnya.:).

Kalau dikata sahaja alien, sudah tentu anda bayangkan rupa yang ganas, dan bentuk yang tidak dibayang sebelum ini. Jika anda terserempak serangga yang lebih ganas di halaman rumah anda, bolehlah bandingkan dengan serangga yang akan dipaparkan.:)

Jom kita tengok senarai serangga yang tergolong dalam golongan rupa bentuk alien ini.

alien insect

A common mistake when searching for alien life forms is to look up into the sky for something big. But alien life is right here, at our feet, in our backyards. Millions of tiny but frightening aliens, many just a few millimetres long. We’ve convinced the most cheerful of the lot to give us a tour…


Here's looking at you kid (blue-eyed damselfly)

1. “Hi, I’m Danny and I’ll be your host. Buzz along…”
This alien poses as a damselfly of the Zygoptera suborder. People often fail to notice that they hold their wings differently when at rest and are also smaller than dragonflies. Oh, and did you notice, their eyes are separated. Though running might be better than waiting to see the blue in their eyes…


2. “Give me… FOOD!” This fuzzy yellow alien with black spots is called Dasychira Pudibunda and is the larval form, or caterpillar, of the red-tailed moth.

Fuzzy yellow caterpillar of the red-tailed moth.


3. This species of aliens has fooled humans for many years. Popularly known as a bumblebee of the Apidae family, they have donned a fuzzy yellow-and-black fur and spread rumours that some of them are stingless. Right, whatever, just careful with that … thingy, dude!

The common bumblebee busy bugging its food.


4. “Listen to me, Earthling, feel the mighty wrath of Gandalf the Green!” This green bush cricket of the Tettigoniidae family is still miffed because he wasn’t cast in Lord of the Rings.

green bush cricket with beard


5. “Hullo there, did I startle you? If I did pretty please, will you be my… ahem… buy my dinner?” This praying mantis is one of 2,000 species in the mantis order of insects. As predatory aliens, er, insects, they might better be called preying mantis.

praying mantis preying


6. “I might look cute but I can sap you out!” Treehoppers have long fascinated biologists because of their unusual appearance. They belong to the Membracidae family and are closely related to cicadas and leafhoppers. They feed upon the sap found in plant stems, which they prick with their beaks.

treehopper in sea of green


7. This praying mantis male would certainly score a role in any alien movie. His acting talent is undisputed as he’s part of the flower mantis species - they pretend to be flowers and then attack their prey. How very cunning, indeed.

colorful flower mantis male


8. “Who you’re calling an alien? Our ancestors have been around since 350 million BC!” Wasps are said to be terrestrial but some of them look positively extra-terrestrial. Though often called pests, they are in fact very important for ecosystems: as food for other insects and birds or as predators limiting the populations of many other species.

grumpy looking brown wasp


9. “Call me a cricket one more time!” Grasshoppers have horns or antennas that are shorter than their body, unlike their relatives’, the bush crickets. They may look well shielded but lose many a battle when they end up as a protein-rich delicacy on someone’s plate in many parts of the world.

green grasshopper general


10. This praying mantis looks straight out of Alien or Men in Black… No prizes for guessing who inspired whom.

praying mantis too sexy for my armour

Friday, March 13, 2009

Gates terkaya di dunia - 6 rakyat Malaysia bilionair dunia


Dunia kini hanya mempunyai 793 bilionair berbanding 1,125 orang pada tahun lalu berikutan krisis kewangan, lapor Forbes kelmarin.

Enam daripada 793 bilionair itu adalah dari Malaysia yang diketuai oleh taikun Ananda Krishnan dan Robert Kuok masing-masing menduduki tempat ke-62.

Kedua-dua bilionair itu berkongsi nilai kekayaan yang dianggarkan berjumlah AS$7 bilion (RM25.85 bilion).

Tempat pertama masih dipegang oleh pengasas syarikat perisian komputer Microsoft iaitu, Bill Gates dengan kekayaannya AS$40 bilion (RM147.71 bilion).

Pelabur legenda dari Amerika Syarikat (AS), Warren Buffett menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah AS$37 bilion (RM136.63 bilion).

Hartawan dari Mexico, Carlos Slim berada di tempat ketiga dengan kekayaan AS$35 bilion (RM129.24 bilion).

Dua taikun kelahiran India, Mukesh Ambai berada di tangga ketujuh dengan kekayaan AS$19.5 bilion (RM72 bilion).

Seorang lagi taikun India, Lakshmi Mittal menduduki tempat kelapan dengan kekayaan AS$19.3 bilion (RM71.26 bilion).

Hartawan George Soros berada di tangga ke-29 dengan kekayaan AS$11 bilion (RM40.61 bilion). Empat lagi rakyat Malaysia yang menduduki senarai Forbes itu adalah Lee Shin Cheng yang berada di tangga ke-234 dengan kekayaan AS$2.7 bilion (RM9.96 bilion).

Rakyat Malaysia yang turut disenaraikan adalah Teh Hong Piow yang menduduki tempat ke-261 dengan kekayaan berjumlah AS$2.5 bilion (RM9.2 bilion).

Usahawan Malaysia, Quek Leng Chan menduduki tangga ke-376 dengan kekayaan AS$1.9 bilion (RM7.01 bilion).

Seorang lagi rakyat Malaysia, Yeoh Tiong Lay dan keluarga yang menduduki tempat ke-397 dengan kekayaan AS$1.8 bilion (RM6.64 bilion).

Pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich menduduki tempat ke-51 dengan kekayaan adalah AS$8.5 bilion (RM31.39 bilion) ketika berumur 42 tahun.

Anggota kerabat diraja Arab Saudi, Putera Alwaleed Bin Talal Al-Saud berada di tempat ke-22 dengan kekayaan berjumlah AS$13.3 bilion (RM49.11 bilion).

Pemilik kelab Manchester City, Sheik Mansour bin Zayed Al Nahyan dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menduduki tangga ke-104 dengan kekayaan AS$4.9 bilion (RM18 bilion).


Krishnan atasi beberapa selebriti

Kekayaan dua taikun dari Malaysia, Ananda Krishnan dan Robert Kuok mengatasi kekayaan beberapa selebriti dan tokoh komputer terkenal dunia.

Berdasarkan senarai 793 bilionair yang kaya di dunia oleh majalah Forbes kelmarin, kekayaan Krishnan dan Kuok sebanyak AS$7 bilion (RM25.85 bilion) mengatasi kekayaan pengendali perlumbaan kereta Formula Satu (F1), Bernie Ecclestone.

Kekayaan Ecclestone dan keluarganya hanya sebanyak AS$3.7 bilion (RM13.66 bilion) dan berada di tangga 151 berbanding Krishnan dan Kuok di tangga 62.

Kedua-dua taikun Malaysia itu juga berjaya mengatasi pengasas syarikat Apple Computer, Steve Jobs yang memperoleh kekayaan AS$3.4 bilion (RM12.55 bilion).

Steve Jobs terkenal dengan pengeluaran gajet iPhones dan iPod dan hanya berada di tangga ke-178.

Kekayaan kedua-dua taikun itu juga mengatasi kekayaan pembikin filem terkenal dunia, George Lucas yang berada di tempat ke-205 dengan kekayaan AS$3 bilion (RM11.07 bilion).

Kedua-dua rakyat Malaysia itu mengatasi ikon fesyen terkenal dunia, Giogio Armani dari Itali yang menduduki tangga ke-224 dengan kekayaan AS$2.8 bilion (RM10.34 bilion).

Pengarah filem terkenal, Steven Spielberg menduduki tempat ke-205 dengan kekayaan sebanyak AS$3 bilion (RM11.07 bilion).

Kekayaan seorang lagi taikun dari Malaysia, Yeoh Tiong Lay dan keluarganya sebanyak AS$1.8 bilion (RM6.64 bilion) turut mengatasi beberapa selebriti terkenal dunia.

Ketiga-tiga warga Malaysia itu berjaya mengatasi kekayaan selebriti Donald Trump yang terkenal di dunia menerusi siri The Apprentice.

Trump yang mengaut kekayaan menerusi pelbagai bidang antaranya kasino mempunyai kekayaan sebanyak AS$1.6 bilion (RM5.90 bilion) dan berada di tangga ke-450.

Selebriti Oprah Winfrey hanya berada di tangga 234 dengan kekayaan AS$2.7 bilion (RM9.96 bilion).

Pengasas Google, Jerry Yang menduduki tempat ke-647 dengan kekayaan AS$1.1 bilion (RM4.06 bilion).

Bagaimanapun, pengasas Google, Sergey Brin berumur 35 tahun berada di tangga ke-26 bersama rakan baiknya juga pengasas enjin carian itu, Larry Page berusia 36 tahun dengan kekayaan AS$12 bilion (RM44.30 bilion).

Penulis buku siri Haary Potter, J.K Rowling berada di tangga 701 dengan kekayaan sebanyak AS$1 bilion (RM3.69 bilion).

Lelaki paling dikehendaki di Mexico, Joaquin Guzman yang dipersalahkan kerana menyebabkan ribuan orang terbunuh dalam perang adalah menduduki tempat ke-701 dengan kekayaan AS$1 bilion (RM3.69 bilion).

Dia melarikan diri dari penjara pada 2001 di Mexico