1 x 1 = 1 Now, take a look at this… 101% From a strictly mathematical viewpoint: What Equals 100%? What does it mean to give MORE than 100%? Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%? We have all been in situations where someone wants you to GIVE OVER 100%. How about ACHIEVING 101%? What equals 100% in life? Here’s a little mathematical formula that might help Answer these questions: If: A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z Is represented as: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26. If: H-A-R-D-W-O-R- K 8+1+18+4+23+15+18+11 = 98% And: K-N-O-W-L-E-D-G-E 11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96% But: A-T-T-I-T-U-D-E 1+20+20+9+20+21+4+5 = 100% THEN, look how far the love of God will take you: L-O-V-E-O-F-G-O-D 12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101% ------------------ dan untuk yang lain², apa kata kalau kita tengok beberapa pengiraan matematik yang sungguh menarik.
salaam....
Apa indahnya Matematik ini..?
tapi kalu kita kaji dengan teliti sebenarnya matematik nie mempunyai pengiraan yang dikatakan menarik dan sangat mekjubkan..
yang menariknya berkaitan Matematik nie ialah jawapan yang diberi adalah tepat dan tidak akan berubah walau bagaimana sekalipun. Tidak seperti bahasa inggeris atau bahasa melayu yang mempunyai jawapan yang subjektif.
Sains.?Sains juga boleh berubah, contohnya pluto bukan lagi sebuah planet sepertimana yang kita belajar dahulu.:)
----------------
Adakah anda perasan bahawa orang-orang genius adalah sesiapa sahaja yang terlibat dengan matematik. Samada mereka terlibat dengan pengiraan atau kebarangkalian dan sekali sekala juga melibatkan logik?
Dan anda tidak akan jumpa orang genius dari golongan sejarahwan atau sasterawan.
Sebab apa.?
Kerana matematik adalah tepat dan tidak akan berubah.
1 + 1 = 2 jawapan ini adalah kekal sampai bila²..:)
1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 987 65
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321
1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111
9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321
adakah satu kebetulan.?
Wednesday, May 20, 2009
beauty of MATHS...
Posted by
Hibatul Haqqi B. Hamdan
at
8:28 AM
0
comments
Tuesday, May 19, 2009
DAIE:usah merajuk..
Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa...
Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah...
Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan...
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina
Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diri
Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam ditengah lautan
Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira
Sedarlah baginda akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun dari Tuhannya
Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali…
Wahai Dai'e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da'wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan.
Menyoroti kehidupan Dai'e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:
"Dan tidaklah Kami mengutus kamu (Muhammad) melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah: 'Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya'."
Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:
"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim."
Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai'e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan...
Inilah Dai'e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan...
----------------
SECEBIS PERINGATAN UNTUK KITA SEMUA..
: BAHANTARBIYAH.INFO:
Posted by
Hibatul Haqqi B. Hamdan
at
5:01 AM
0
comments
Hot Water Prank
Orang jepun ni selain terkenal dengan kecerdikan dan kemajuan teknologinya, mereka terkenal juga dengan prank² yang mereka lakukan samada terhadap orang awam atau kenalan rapat.
Pelbagai idea yang kretif(boleh anggap kretifkan.)yang mereka rancang untuk kenakan orang.
Salah satu darinya membuat perangkap atas lantai dimana dibawahnya ada air panas.
Mungkin tidaklah panas mana kot. kalau memdidih, tak ke melecur nanti.:)
Apa kata kalau kita tengok dulu.
Aku rasa paling kasihan masa kat bahagian akhir video ni.
Posted by
Hibatul Haqqi B. Hamdan
at
2:31 AM
0
comments
Sunday, May 17, 2009
"sekadar kebetulan"
Penahanan ala "ISA" 12 pelajar malaysia shoubra semalam amat mengejutkan aku dan warga shoubra lain.mereka ditahan lebih kurang 22 jam.antara yang ditahan pula ialah rakan-rakan ku..
Pihak POLIS Mesir mensyaki mereka terlibat dengan kegiatan bawah tanah..IM..betul ka??aku tak rasa macam tuh..
kesian dekat depa..
Moga tabah menghadapi dugaan di bumi MESIR ini..
Bagaimana konspirasi beliau dibunuh..??
kalau kita tengok dari sejarah bagaimana albanna mula terlibat dengan dakwah hingga membawa kepada beliau menubuhkan IM.banyak halangan dan rintangan yang beliau hadapi..akhir sekali musuh-musuh ISLAM terpaksa membunuh beliau kerana risau akan dakwah IM meluas ke pelusuk dunia..
Inilah kehebatan albanna..seorang MUJAHID yang sangat banyak melahirkan pejuang-pejuang ISLAM higga ke hari ini.
--------------------
WHO KILLED ALBANNA??
siapakah dalang disebalik kes pembunuhan Assyahid nie?
mari kita saksikan..
"perjalanan lelaki syurga"
part 1
<
part 2
part 3
part 4
part 5
part 6
video ini tak ada kene mengena pun dengan penahanan kawan-kawan aku..
dan tak bermakna jugak aku terlibat dengan gerakan IM nie..
mungkin secara kebetulan kes penahanan mereka dengan video yang aku post ini..
moga kita semua dapat manfaat dari peribadi Albanna..
sentiasa berjuang sehingga ke titisan darah terakhir
Posted by
Hibatul Haqqi B. Hamdan
at
7:18 AM
0
comments