Friday, March 27, 2009

10 Most Alien-like Insects on Earth

Sedarkah anda bahawa dalam dunia ini, terdapat pelbagai serangga yang sebenarnya lebih mirip kepada Alien. Walaupun tiada siapa yang kenal rupa alien sebenarnya.:).

Kalau dikata sahaja alien, sudah tentu anda bayangkan rupa yang ganas, dan bentuk yang tidak dibayang sebelum ini. Jika anda terserempak serangga yang lebih ganas di halaman rumah anda, bolehlah bandingkan dengan serangga yang akan dipaparkan.:)

Jom kita tengok senarai serangga yang tergolong dalam golongan rupa bentuk alien ini.

alien insect

A common mistake when searching for alien life forms is to look up into the sky for something big. But alien life is right here, at our feet, in our backyards. Millions of tiny but frightening aliens, many just a few millimetres long. We’ve convinced the most cheerful of the lot to give us a tour…


Here's looking at you kid (blue-eyed damselfly)

1. “Hi, I’m Danny and I’ll be your host. Buzz along…”
This alien poses as a damselfly of the Zygoptera suborder. People often fail to notice that they hold their wings differently when at rest and are also smaller than dragonflies. Oh, and did you notice, their eyes are separated. Though running might be better than waiting to see the blue in their eyes…


2. “Give me… FOOD!” This fuzzy yellow alien with black spots is called Dasychira Pudibunda and is the larval form, or caterpillar, of the red-tailed moth.

Fuzzy yellow caterpillar of the red-tailed moth.


3. This species of aliens has fooled humans for many years. Popularly known as a bumblebee of the Apidae family, they have donned a fuzzy yellow-and-black fur and spread rumours that some of them are stingless. Right, whatever, just careful with that … thingy, dude!

The common bumblebee busy bugging its food.


4. “Listen to me, Earthling, feel the mighty wrath of Gandalf the Green!” This green bush cricket of the Tettigoniidae family is still miffed because he wasn’t cast in Lord of the Rings.

green bush cricket with beard


5. “Hullo there, did I startle you? If I did pretty please, will you be my… ahem… buy my dinner?” This praying mantis is one of 2,000 species in the mantis order of insects. As predatory aliens, er, insects, they might better be called preying mantis.

praying mantis preying


6. “I might look cute but I can sap you out!” Treehoppers have long fascinated biologists because of their unusual appearance. They belong to the Membracidae family and are closely related to cicadas and leafhoppers. They feed upon the sap found in plant stems, which they prick with their beaks.

treehopper in sea of green


7. This praying mantis male would certainly score a role in any alien movie. His acting talent is undisputed as he’s part of the flower mantis species - they pretend to be flowers and then attack their prey. How very cunning, indeed.

colorful flower mantis male


8. “Who you’re calling an alien? Our ancestors have been around since 350 million BC!” Wasps are said to be terrestrial but some of them look positively extra-terrestrial. Though often called pests, they are in fact very important for ecosystems: as food for other insects and birds or as predators limiting the populations of many other species.

grumpy looking brown wasp


9. “Call me a cricket one more time!” Grasshoppers have horns or antennas that are shorter than their body, unlike their relatives’, the bush crickets. They may look well shielded but lose many a battle when they end up as a protein-rich delicacy on someone’s plate in many parts of the world.

green grasshopper general


10. This praying mantis looks straight out of Alien or Men in Black… No prizes for guessing who inspired whom.

praying mantis too sexy for my armour

Friday, March 13, 2009

Gates terkaya di dunia - 6 rakyat Malaysia bilionair dunia


Dunia kini hanya mempunyai 793 bilionair berbanding 1,125 orang pada tahun lalu berikutan krisis kewangan, lapor Forbes kelmarin.

Enam daripada 793 bilionair itu adalah dari Malaysia yang diketuai oleh taikun Ananda Krishnan dan Robert Kuok masing-masing menduduki tempat ke-62.

Kedua-dua bilionair itu berkongsi nilai kekayaan yang dianggarkan berjumlah AS$7 bilion (RM25.85 bilion).

Tempat pertama masih dipegang oleh pengasas syarikat perisian komputer Microsoft iaitu, Bill Gates dengan kekayaannya AS$40 bilion (RM147.71 bilion).

Pelabur legenda dari Amerika Syarikat (AS), Warren Buffett menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah AS$37 bilion (RM136.63 bilion).

Hartawan dari Mexico, Carlos Slim berada di tempat ketiga dengan kekayaan AS$35 bilion (RM129.24 bilion).

Dua taikun kelahiran India, Mukesh Ambai berada di tangga ketujuh dengan kekayaan AS$19.5 bilion (RM72 bilion).

Seorang lagi taikun India, Lakshmi Mittal menduduki tempat kelapan dengan kekayaan AS$19.3 bilion (RM71.26 bilion).

Hartawan George Soros berada di tangga ke-29 dengan kekayaan AS$11 bilion (RM40.61 bilion). Empat lagi rakyat Malaysia yang menduduki senarai Forbes itu adalah Lee Shin Cheng yang berada di tangga ke-234 dengan kekayaan AS$2.7 bilion (RM9.96 bilion).

Rakyat Malaysia yang turut disenaraikan adalah Teh Hong Piow yang menduduki tempat ke-261 dengan kekayaan berjumlah AS$2.5 bilion (RM9.2 bilion).

Usahawan Malaysia, Quek Leng Chan menduduki tangga ke-376 dengan kekayaan AS$1.9 bilion (RM7.01 bilion).

Seorang lagi rakyat Malaysia, Yeoh Tiong Lay dan keluarga yang menduduki tempat ke-397 dengan kekayaan AS$1.8 bilion (RM6.64 bilion).

Pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich menduduki tempat ke-51 dengan kekayaan adalah AS$8.5 bilion (RM31.39 bilion) ketika berumur 42 tahun.

Anggota kerabat diraja Arab Saudi, Putera Alwaleed Bin Talal Al-Saud berada di tempat ke-22 dengan kekayaan berjumlah AS$13.3 bilion (RM49.11 bilion).

Pemilik kelab Manchester City, Sheik Mansour bin Zayed Al Nahyan dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menduduki tangga ke-104 dengan kekayaan AS$4.9 bilion (RM18 bilion).


Krishnan atasi beberapa selebriti

Kekayaan dua taikun dari Malaysia, Ananda Krishnan dan Robert Kuok mengatasi kekayaan beberapa selebriti dan tokoh komputer terkenal dunia.

Berdasarkan senarai 793 bilionair yang kaya di dunia oleh majalah Forbes kelmarin, kekayaan Krishnan dan Kuok sebanyak AS$7 bilion (RM25.85 bilion) mengatasi kekayaan pengendali perlumbaan kereta Formula Satu (F1), Bernie Ecclestone.

Kekayaan Ecclestone dan keluarganya hanya sebanyak AS$3.7 bilion (RM13.66 bilion) dan berada di tangga 151 berbanding Krishnan dan Kuok di tangga 62.

Kedua-dua taikun Malaysia itu juga berjaya mengatasi pengasas syarikat Apple Computer, Steve Jobs yang memperoleh kekayaan AS$3.4 bilion (RM12.55 bilion).

Steve Jobs terkenal dengan pengeluaran gajet iPhones dan iPod dan hanya berada di tangga ke-178.

Kekayaan kedua-dua taikun itu juga mengatasi kekayaan pembikin filem terkenal dunia, George Lucas yang berada di tempat ke-205 dengan kekayaan AS$3 bilion (RM11.07 bilion).

Kedua-dua rakyat Malaysia itu mengatasi ikon fesyen terkenal dunia, Giogio Armani dari Itali yang menduduki tangga ke-224 dengan kekayaan AS$2.8 bilion (RM10.34 bilion).

Pengarah filem terkenal, Steven Spielberg menduduki tempat ke-205 dengan kekayaan sebanyak AS$3 bilion (RM11.07 bilion).

Kekayaan seorang lagi taikun dari Malaysia, Yeoh Tiong Lay dan keluarganya sebanyak AS$1.8 bilion (RM6.64 bilion) turut mengatasi beberapa selebriti terkenal dunia.

Ketiga-tiga warga Malaysia itu berjaya mengatasi kekayaan selebriti Donald Trump yang terkenal di dunia menerusi siri The Apprentice.

Trump yang mengaut kekayaan menerusi pelbagai bidang antaranya kasino mempunyai kekayaan sebanyak AS$1.6 bilion (RM5.90 bilion) dan berada di tangga ke-450.

Selebriti Oprah Winfrey hanya berada di tangga 234 dengan kekayaan AS$2.7 bilion (RM9.96 bilion).

Pengasas Google, Jerry Yang menduduki tempat ke-647 dengan kekayaan AS$1.1 bilion (RM4.06 bilion).

Bagaimanapun, pengasas Google, Sergey Brin berumur 35 tahun berada di tangga ke-26 bersama rakan baiknya juga pengasas enjin carian itu, Larry Page berusia 36 tahun dengan kekayaan AS$12 bilion (RM44.30 bilion).

Penulis buku siri Haary Potter, J.K Rowling berada di tangga 701 dengan kekayaan sebanyak AS$1 bilion (RM3.69 bilion).

Lelaki paling dikehendaki di Mexico, Joaquin Guzman yang dipersalahkan kerana menyebabkan ribuan orang terbunuh dalam perang adalah menduduki tempat ke-701 dengan kekayaan AS$1 bilion (RM3.69 bilion).

Dia melarikan diri dari penjara pada 2001 di Mexico

Thursday, March 12, 2009

Fakta yang Tidak Diketahui Ramai.

Rupanya masih banyak yang kita tidak ketahui.
Walau bagaimanapun, tidak susah untuk menilai samada satu fakta itu betul atau tidak..:)

FAKTA 1: Puteri Gunung Ledang
Setelah dikajiselidik melalui sebuah perkuburan yang terdapat dipinggir Gunung Ledang, terdapat kesan-kesan peninggalan dan bukti yang menunjukkan mayat di dalam kubur tersebut ialah Puteri Gunung Ledang. Di sebelah bawah badan mayat tersebut terdapat secalik kertas dan setelah diselidik ia sebenarnya Kad Pengenalan Puteri Gunung Ledang. Nama sebenar Puteri Gunung Ledang yang tertera didalam IC itu ialah Tiara Jeaquelina bin Abdullah.

FAKTA 2: Batu Bersurat Terengganu
Mengikut sejarah, ada seorang hamba sultan Terengganu telah dipancung kerana telah melakukan kesalahan. Namun tidak diberitahu apa kesalahannya. Di atas kajiselidik kami, hamba yang dihukum bunuh itu sebenarnya ialah seorang yang bekerja sebagai posmen tetapi tidak mahu menghantar surat-surat baginda kemudian posmen itu melonggokkan surat dirumahnya. Pulis telah menemui 1,290 pucuk batu bersurat di rumah posmen tersebut. Alasan posmen itu ialah macammana dia nak angkat batu-batu bersurat tu naik basikal untuk dihantar ke penerimanya.


FAKTA 3: Keris Taming Sari
Ramai yang mengatakan bahawa keris taming sari telah hilang dan tidak dijumpai sehingga kini. Namun kami telah menemuinya di salah satu kawasan di pendalaman Melaka. Setelah berbulan-bulan mengadakan ekspedisi mencari keris taming sari barulah kami menemui motor Kris yang ditunggang oleh pakcik Taming yang sedang memakai Sari.


FAKTA 4: Bangunan WTC Runtuh di New York
Sebenarnya bangunan ini dapat diselamatkan dari runtuh namun fakta kami sangat jelas kenapa sebenarnya ia runtuh. Persoalan kenapa bangunan ini runtuh terjawab kerana Superman pada masa tu spender dia basah lalu malu untuk dia keluar tanpa spender dia, Batman pula takleh keluar siang sebab kelawar tidur waktu siang. Spiderman pulak hari tu mengalami kincit perut dan terberak-berak kerana tertelan sarang labah-labah. Manakala Kapten Amerika pada hari tu sedang menghadiri majlis penerimaan pangkat sebagai Kapten. Hulk dan wolverine pula tengah menghadiri interview sebagai pelayan hotel dan last sekali catwomen tengah jahit kostumnya yang koyak. Ini semuanya fakta kenapa bangunan tu runtuh kerana superhero amerika mengalami masalah.

FAKTA 5: Taliban
TalibanTaliban Sebelum Amerika ingin menyerang Afghanistan, sebenarnya mereka ingin menyerang Malaysia terlebih dahulu kerana pada sangkaan mereka Malaysia ialah pusat pentadbiran Taliban yang diketuai Osama Laden. Namun akhirnya mereka malu pada tahap baboon kerana taliban yang mereka sangkakan itu sebenarnya ialah sebuah syarikat telekomunikasi yang bernama Talikom Malaysia Berhad.===============
Ha, itulah dia faktanya. Memang ramai yang tidak tahu bukan..:)
===============

Ribut pasir landa Riyadh




Para penduduk di ibu negara Arab Saudi semalam mula membersihkan kediaman masing-masing semalam selepas satu ribut pasir besar melanda kelmarin.

Banyak kereta dan rumah masih dilitupi debu pasir sehari selepas kejadian yang turut memaksa pihak berkuasa menutup operasi lapangan terbang antarabangsa serta sesi persekolahan.

Agensi Berita Saudi melaporkan semua penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Khaled dilencongkan ke Jeddah dan Dammam.

Pihak hospital turut menghantar pasukan bantuan kecemasan bagi membantu penduduk yang mengalami masalah pernafasan.

Ribut pasir menyelubungi bandar raya tersebut dan kawasan sekitarnya sehingga memaksa pemandu-pemandu memperlahankan kenderaan masing-masing.

Sebahagian besar penduduk lain terpaksa berkurung di dalam rumah.

Kejadian ribut pasir itu merupakan fenomena biasa di Arab Saudi ketika musim bun

Manchester United Wallpaper

Memandangkan aku adalah salah seorang peminattidak la terlalu fanatik Manchester Uniter dan juga permintaan salah seorang pengunjung blog ini, dengan ini.
Mempersembahkan,
Wallpaper Manchester United..:)

(klik untuk besarkan kemudian save image as.)









p/s: sebenarnya terlalu banyak wallpaper Man U yang ada, tetapi aku upload secara rambang je la ek..:)

Next Week.!

Adakah anda juga mahukan wallpaper bagi pemain seperti dibawah.?
(wallpaper asal untuk setiap seorang. utk dalam post ini aku gabungkan.:)
Tunggu minggu depan ek.
sebab aku takut banyak pula wallpaper dalam satu page.:)

Latihan Komando

Selalu kita dengar anggota tentera kita didera bukan.?
Lepas itu masuk dalam mahkamah.
Lepas itu senyap.(mungkin sebab kuasa tentera kot)

Tetapi jarang kita dengar kes komando didera bukan.?
Malaysia pun rsanya tidak pernah ada kes komando yang dipapar di media masaa.
Kita pun tidak tahu bagaiman latihan komando di Malaysia ini.

Itu hal di Malaysia.
Apa kata kalau kita merantau ke utara sedikit.
Jom kita tengok latihan komando di Thailand pula.
Boleh tahan ganasnya..
Biasalah, komando ketahanan mereka kena tinggi..:)























Selepas anda melihat gambar-gambar ini,
ada rasa kasihan atau tidak.?

Kalau aku la, aku rasa biasa je.
sebab memang dorang kena tahan dan kebal sikit.
aku tengok gambar latihan komando di mana-mana serata dunia pun memang ganas-ganas.
tapi memang kena tabik la kat sesiapa sahaja bergelar komando ni..:)

Salam Maulud Nabi SAW...

Aku baru tukar dari blog lama ke blog ini....
saja suka2 tukar...
best gak......