Monday, May 4, 2009

tips yg menarek...

bismillah...
musim-musim imtihan nie..
aku nak berkongsi beberapa tips untuk sesiapa yang mengahadapi kebuntuan ketika menjawab kertas peperiksaan..

(1)
Buka soalan periksa dan terus buat-buat pengsan.

(2)
Jawab selama 5 minit,berdiri dan terus hantar kertas jawapan kepada pemeriksa.

(3)
Sekiranya mengantuk,goncangkan meja periksa kuat-kuat sampai hilang rasa mengantuk.

(4)
Ketika dewan peperiksaan sedang sunyi,jerit kuat-kuat "Aku dah dapat jawapan bagi soalan no.1!!"

(5)
Sebaik peperiksaan bermula,tidur sehingga masa tinggal lagi 10 minit.Mulakan menjawab soalan selepas itu.

(6)
Sergah rakan anda yang sedang mengantuk ataupun yang sedang tidur.

(7)
Buat-buat tidur dengan meletakkan kepala di atas meja periksa.Jika pengawas peperiksaan datang untuk mengejutkan anda,angkat kepala anda dan kata "Aduh,susah betul soalan periksa ni.."

(8)
Bila anda sudah jawab dalam 5 minit, kuatkan suara anda dan berkata' pergh, senang giler soalan ni.' bagi psiko sedikit orang lain.:)

(9)
Panggil pengawas peperiksaaan dan beritahunya bahawa rakan sebelah anda sedang meniru.

10)
Panggil pengawas peperiksaan, kemudian tanya dia pukul berapa sekarang ataupun tanya dia berapa minit lagi tinggal untukmenjawab.

11)
Jatuhkan semua barang yang ada atas meja biar bertaburan atas lantai, kecuali kalkulator(takut rosak.:) kemudian panggil pengawas peperiksaan suruh ambikan barang yang jatuh..:)

12)
Anda jerit nama seorang kawan anda (contoh Abu)yang ambil paper yang sama dengan anda kemudian jerit kuat², 'wei Abu, mana pen aku yang ko pinjam semalam, aku nak guna ni..:)

--------------------

korg test la buat dlu..
tgk cmne result dia pastuh.. :)